Isnin, 8 April 2013

SEJARAH SEKOLAH


             Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan atau nama ringkasnya SMK Teloi Kanan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Teloi Kanan.


SMK Teloi Kanan diasaskan pada 1 Januari 1973. Pada masa itu hanya terdapat dua buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan 1. Hanya terdapat tiga orang guru sahaja yang bertugas termasuk Pengetua dengan jumlah pelajar seramai 64 orang.

            Pada ketika itu sekolah ini terletak di Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan. Sesi Pengajian diadakan pada sebelah petang dengan bilangan pelajar seramai 64 orang. SMK Teloi Kanan diwujudkan untuk menampung para pelajar dari dua buah sekolah rendah yang berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Teloi KAnan dan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur. Sebelum ini pelajar-pelajar dari sekolah tersebut terpaksa menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kuala Ketil.

            Pada bulan Ogos 1975, sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang iaitu seluas 5 hektar persegi dengan jumlah pelajar melebihi 100 orang dan mempunyai 9 orang tenaga pengajar. Pelajar mula menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1975 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1977.

            Pada tahun 1980, jumlah pelajarnya bertambah kepada 350 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 23 orang. Manakala pada tahun 1993, jumlah pelajarnya terus meningkat kepada 578 orang dengan dengan 30 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2008 jumlah pelajarnya berkurangan kepada 521 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 46 orang. Jumlah staf sokongan kini ialah 6 orang. Jaga dan pekerja am diuruskan oleh pihak swasta.

            Walaubagaimanapun, pada tahun 2011, bilangan pelajar menurun lagi kepada 483 orang, dengan bilangan guru adalah seramai 46 orang. Jumlah ini termasuk 3 orang guru pendidikan khas, yang mana jumlah pelajarnya adalah seramai 4 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan