Pertambahan penduduk di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Teloi, yang kini dikenali sebagai Felda Teloi Kanan pada awal tahun 70-an, menyebabkan tertubuhnya Sekolah Menengah Teloi Kanan pada tahun 1973.
Oleh sebab bangunan tetap belum ada, sekolah ini pada awalnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan pada waktu petang. Sekolah ini bermula dengan hanya 38 orang pelajar dan 3 orang guru. 2 buah bilik darjah sahaja digunakan. Di sinilah sejarah bermulanya SMK Teloi Kanan, iaitu bermula pada 1 Januari 1973. Pengetua pertamanya ialah En. Mohd. Affami Bin Jamaluddin. Tiga orang guru yang lain iaitu Pn. Halimaton Bt. Abd. Wahab, Pn. Siti Hawa Bt. Mohd. Isa dan En. Ishak Bin Ahmad.
Sekolah ini berpindah ke bangunan tetapnya pada bulan Ogos 1975. Sekolah ini dibina kira-kira ½ km. dari Sekolah Kebangsaan Teloi kanan di kawasan seluas 5 hektar persegi.
Sebelum ini para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat menengah terpaksa ke Sekolah Menengah Kuala Ketil yang terletak di Batu Pekaka yang jaraknya dari Felda Teloi Kanan kira-kira 20 kilometer.
Pelajar sulung sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (PMR) pada tahun 1975 dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.
Kini sekolah ini menampung para pelajar dari SK Teloi Kanan, SK Teloi Timur dan sebahagian kecil dari Sekolah Kebangsaan Mohd. Arif Abdullah.
Pada masa ini terdapat 6 blok bangunan, termasuk Bengkel KHB dan Makmal Sains. Bilangan guru sekarang ialah 39 orang, iaitu 29 orang guru berijazah dan staf sokongan pula seramai 6 orang. Bilangan pelajar bertambah dari setahun ke setahun. Jumlah pelajar kini ialah 452 orang. Mengikut komposisi kaum terdiri daripada 441 pelajar keturunan Melayu, 8 orang berketurunan Siam, 2 orang berketurunan India dan 1 pelajar berketurunan Cina.
Kelas aliran sains Tingkatan 4 bermula pada tahun 2010. Kini hanya terdapat kelas-kelas aliran teknikal sahaja.
Sekolah ini pernah melakar nama dalam bidang hoki di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah ketika muncul sebagai Naib Johan pada tahun 90-an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan